Khabar Duka, Pelakon Drama Noryati Taib 'Makcik Petir' Meninggal Dunia Jam 1:45 Pagi Tadi. Al Fatihah

Khabar Duka, Pelakon Drama Noryati Taib 'Makcik Petir' Meninggal Dunia Jam 1:45 Pagi Tadi. Al Fatihah 


Post By Admin,

KUALA LUMPUR: Pelakon Noryati Taib, 63, yang terkenal dengan panggilan 'Makcik Petir', meninggal dunia pada jam 1.45 pagi tadi.


Berita sedih itu dikongsi anaknya, Faizul Hafiz Hashim melalui hantaran di Facebook (FB), kira-kira empat jam lalu.


"Dukacita dimaklumkan Mama saya meninggal dunia pada jam 1.45 pagi sebentar tadi.


"Saya minta jasa baik anda semua mendoakan semoga Allahyarhamah di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman," katanya dalam entri berkenaan.


Anak saudara Allahyarham, iaitu penerbit dan pengarah, Shahrulezad Mohameddin turut memaklumkan pemergian pelakon itu melalui hantaran di Instagram (IG).


Berita pemergian Allahyarham turut dikongsi teman artis seperti penyanyi dan penyampai radio, Haiza Hanafi yang mendoakan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.


Pada 3 Februari lalu, M Star Semasa melaporkan, Allahyarham disahkan positif COVID-19.


Perkara itu dimaklumkan Shahrulezad menerusi entri yang dimuat naik dalam laman Instagram (IG).


Bagaimanapun, selepas hampir dua minggu dirawat, Allahyarham disahkan pulih daripada jangkitan wabak berkenaan.


Pada 2017, arwah dilaporkan pernah dimasukkan ke hospital kerana mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru.


Selain itu, sebelah kakinya terpaksa dipotong kerana menghidap penyakit kencing manis.


Allahyarham terkenal dengan gelaran Makcik Petir, Makcik Isabella dan Makcik Mary dalam drama seperti Sindarela, SyurgaMu Ramadan, Dotty dan Tari Tirana.


Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah
   
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين